Thursday, May 10, 2012

KESELAMATAN PRODUK

Assalamualaikum. alhamdulillah bersua lagi kita tidak kurang beberapa jam yang lalu dengan entri yang lagi baru.

Jadi entri kali ini akan menyentuh tentang KESELAMATAN PRODUK DI MALAYSIA. Itulah tajuk pokok bagi blog ini. 

Dalam entri sebelum ini, telah saya huraikan dengan panjang lebar berkaitan produk. Jadi, sudah pasti anda semua tahu apakah kategori-kategori produk yang anda beli.

Namun tahukah anda bagaimana keselamatan produk yang anda beli itu adalah terjamin?

Jawapannya ialah keselamatan produk yang dibeli adalah terjamin dengan adanya Penjenamaan.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan?

Jawapannya ialah maksud penjenamaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa maksud iaitu:

1) Jenama yang boleh disebut.
2) Jenama yang tidak boleh disebut atau cap.
3) Cap dagangan.
4) Ekuiti jenama.
5) Jenama induk.
6) Hak cipta.

Nantikan penerangannya malam ini. Insyaallah. =)


Wednesday, May 9, 2012

PRODUK TIDAK DICARI (UNSOUGHT PRODUK)

Alhamdulillah. Setelah beberapa hari menyepi. hari ini saya kembali lagi dengan jenis produk pengguna yang terakhir.

Melihat kembali senarai lalu. Sudah saya menjelaskan tentang:

1.Produk Asas
2.Produk Membeli-belah
3.Produk Khusus
4.Produk Tidak Dicari

Jadi pada entri kali ini saya akan menerangkan kepada anda tentang perkara terakhir dalam jenis produk pengguna iaitu Produk Tidak Dicari (Unsought Product). 


Produk Tidak Dicari dalam pemahaman lain ialah produk atau barang yang tidak pernah difikirkan oleh pengguna untuk membeli produk tersebut. Contoh barang-barang yang tersenarai ialah alat pemadam api, ensiklopedia dan insurans serta alat pengesan kebakaran.

Jadi, produk-produk dalam jenis ini adalah produk yang pengguna tidak tahu, tidak aktif mencari atau tidak berfikir untuk membeli.

Produk-produk dalam jenis ini hanya akan dibeli oleh pembeli apabila penjual berusaha menarik ramai pelanggan untuk mengetahui tentang produk itu dan mempromosikannya secara meluas dengan menerangkan tentang faedah atau kebaikan barang tersebut.

Begitulah, apa yang dimaksudkan dengan Produk Tidak Dicari. Kembali bersama saya lagi, sebentar sahaja lagi dengan entri baru yang membincangkan tajuk Pokok bagi blog ini iaitu Keselamatan Produk.

Wassalam.




Saturday, May 5, 2012

PRODUK KHUSUS (SPECIALTY PRODUCTS)

Alhamdulillah, bertemu lagi. Baiklah, topik pagi ini ialah tentang PRODUK KHUSUS atau dalam Bahasa Inggeris disebut SPECIALTY PRODUCTS.


Kalau anda masih ingat pada entri sebelum ini, kita telah membincangkan tetang:

1) Produk Asas
2) Produk Membeli-Belah
3) Produk Khusus

Jadi, pada pagi ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang produk yang ketiga ini.

PRODUK KHUSUS

Produk ini ialah produk yang mempunyai ciri-ciri istimewa atau berjenama. Kebiasaannya, golongan pembeli yang bersedia untuk membeli sahaja akan membeli produk ini. Contohnya, mempunyai kecukupan wang iaitu dalam konteks keupayaan membeli dan memenuhi keinginan mereka.

Produk ini tidak mudah didapati di semua kedai atau kedai-kedai biasa. produk ini biasanya di jual di tempat penjualan eksklusif dengan pengiklanan khas.

Contohnya, kereta Ferrari tidak dijual di kedai-kedai kereta biasa.


HOMOGEN DAN HETEROGEN

Pada edisi perkongsian ilmu kali ini, saya akan menyambung penerangan saya tentang barang Homogen (Homogenous goods) dan barang Heterogen (Heterogenous goods).

Kedua-dua jenis barangan ini seperti yang ditulis pada penulisan yang lalu, jenis barang ini terkandung di bawah  Produk Membeli-Belah.

Barang Homogen
> Maksud lain yang bersamaan dengan jenis barang ini ialah dibentuk dari bahagian-bahagian yang semuanya dari jenis yang sama. Namun itu hanyalah maksud umumnya.
> Barang Homogen yang dimaksudkan ialah barang yang sama kualiti yang berlainan harga yang mewajarkan kepada perbandingan untuk berbelanja.
> Contoh barang dalam kategori Homogen ialah pengering rambut, televisyen dan peti sejuk.

Barang Heterogen
> Umumnya maksud Heterogen ialah dibentuk dari berlainan jenis.
>Barang Heterogen yang dimaksudkan dalam Produk Membeli-Belah ialah ciri-ciri produk lebih penting dari harga. Oleh itu, pelanggan perlu membandingkan kualiti, ciri-ciri produk dan harga sebelum membuat pembelian.
> Contoh barang dalam kategori Heterogen ialah pakaian dan perabot.

Alhamdulillah. Itu saja untuk edisi penulisan kali ini. Wassalam.

Thursday, May 3, 2012

JENIS PRODUK PENGGUNA

Produk bagaimanakah yang diperlukan oleh pengguna?




Sebagai peniaga, memenuhi kehendak pelanggan adalah agenda utama dalam perniagaan selain menjadikan keuntungan sebagai objektif. Bagi menjamin kejayaan pengurusan produk memerlukan pemasar atau peniaga mewujudkan banyak produk yang mempunyai perbezaan dari segi kegunaan atau fungsi produk dan tujuan penghasilan produk. Hal ini telah membuatkan pemasar yang berdiri dewasa ini menjadikan dua kategori asas produk ini sebagai panduan, iaitu:

Pertamanya, Produk Perniagaan. Produk perniagaan umumnya dibeli secara pukal dan dijual semula. Contohnya, pasaraya seperti Mydin yang telah membeli pelbagai produk secara pukal dan menjualnya semula.

Keduanya, Produk pengguna. Di mana kategori produk ini ialah produk yang menepati piawaian pengguna, merupakan barang yang diperlukan dalam kehidupan harian atau barangan yang membawa kepada kesempurnaan yang diperlukan oleh pengguna. Terdapat beberapa jenis produk pengguna di bawah kategori ini. Berikut adalah jenis produk pengguna:

1) Produk Mudah (convenience Products)

Produk mudah merupakan sejenis produk yang selalu dibeli oleh pengguna dan produk ini biasanya pada harga yang murah. selain itu, apabila pengguna membeli barangan dalam kategori ini, mereka tidak perlu membuat perbezaan atau perbandingan terlalu banyak berkaitan sesuatu jenama barangan.


Contoh produk mudah ialah sabun, syampu, surat khabar, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain.

Di bawah kategori Produk Mudah ini (convenience Products) terdapat kategori kecil iaitu:

a) Produk Asas (Staples Products)
 kategori ini menyatakan tentang produk yang biasa atau asas yang dibeli oleh pengguna seperti minyak masak, nasi, gula dan lain-lain.

b) Produk Gerak Hati (Impulse Products)
kategori ini menyatakan tentang barangan yang tidak terdapat dalam senarai beli seorang pengguna atau barang yang tidak dirancang atau juga tidak sepatutnya beli tetapi dibeli juga oleh pengguna. Contohnya, anda merupakan seorang pembuat kek. Bahan-bahan yang anda telah senaraikan bagi membuat kek ialah tepung, gula, majerin dan telur. Namun, ketika anda sedang menunggu untuk membayar barang-barang tersebut, anda terlihat kipas tangan elektronik di tepi kaunter pembayaran lalu anda mengambilnya dan terus membayar. Maknanya di sini, barang yang tersebut iaitu kipas tangan elektronik merupakan Produk Tidak Tersenarai (Impulse Products).


c) Produk Membeli-belah (Shooping Products)
kategori ini menyatakan tentang barangan yang harus dibuat perbandingan dari segi kualiti, kesesuaian dan harga sebelum membeli. Produk yang dijual dalam kategori ini ialah produk yang jauh lebih mahal dari Produk Asas. contohnya, perabot, televisyen, dan perkakas electrik. di bawah kategori ini terdapat dua tajuk sub iaitu Homogeneous Goods dan Heterogeneous Goods.









Tuesday, April 17, 2012

KLASIFIKASI PRODUK

Produk juga boleh diklasifikasikan dalam tiga kategori yang berdasarkan kepada ketahan atau sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan berkenaan produk itu.





Barang yang tidak tahan lama.
  • Barang yang tahan lama ialah barangan yang sering digunakan. Contohnya, barang-barang yang tersenarai dlam produk kegunaan harian oleh pelanggan seperti sabun mandi, ubat gigi, garam dan gula, Barang-barang ini akan semakin berkurangan kerana kegunaannya adalah dari satu hingga kepada beberapa kegunaan. Contohnya, gula bukan sahaja digunakan oleh pengguna untuk membancuh air malah mungkin juga digunakan untuk membuat kek atau kuih. begitulah yang dimaksudkan dengan barang yang tidak tahan lama.
Barang yang tahan lama.
  • Barang yang tahan lama pula ialah barangngan yang boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Contohnya barang-barang yang mampu digunakan sehingga bertahun lamanya ialah televisyen, mesin basuh, dan peti sejuk.
Perkhidmatan.
  • Bagi perkhidmatan pula adalah tindakan atau aktiviti, faedah atau kepuasaan yang ditawarkan dalam penjualan kepada pelanggan. perkhidmatan meliputi perbuatan menawarkan membaiki sesuatu barang atau memberi khidmat nasihat. Ini juga dikenali sebagai produk.


Sunday, April 15, 2012

PENGENALAN PRODUK

Menurut pembacaan saya melalui buku dan laman web serta mengambil kira terhadap pendapat masyarakat sekeliling melalui laman sosial dan temu bual spontan.

DEFINISI PRODUK



Apabila dirujuk pada Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Produk didefinisikan sebagai sesuatu barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kilang atau yang ditawarkan oleh institusi.

Namun berbeza pula maksudnya melalui pandangan dua orang tokoh yang sangat arif dalam bidang pemasaran iaitu Lamb dan KotlerLamb telah mendefinisikan maksud produk sebagai:

'Segala-galanya yang menggalakkan dan tidak menggalakan supaya diterima orang dalam pertukaran'. 

Tetapi, berbeza pula dengan pendapat Kotler iaitu Bapa Pemasaran. Pendapatnya  lebih diterima dan sering digunakan dalam pengkajian dan pembelajaran kerana dikatakan pendapatnya lebih jelas dan mudah difahami. justeru, Kotler mentakrifkan bahawa produk membawa maksud:

'Produk sebagai apa-apa yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk menarik perhatian, memberi pulangan, penggunaan, atau penggunaan yang mungkin memuaskan keperluan dan kehendak.'

Produk bukan sahaja terhad kepada objek fizikal seperti meja dan kerusi. produk juga boleh dicipta dalam bentuk perkhidmatan, buah fikiran, aktiviti, orang, tempat dan organisasi.


Copyright© All Rights Reserved NURSHAFIKHA HANIM BINTI ISMAIL